Operasi 'mencari' Katak , Sayur Mindin/Kemiding di Sekitar Port Dickson.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Selamat Kembali dan salam sejahtera kepada semua pembaca , kali ini Mr.J hendak bercakap mengenai aktiviti hujung minggu Mr.J semalam bersama rakan - rakan Askar yang berasal daripada Sarawak yang berkhidmat di Negeri Sembilan.

Semalam iaitu 29 Jun dimana Mr.J offday dan fikirkan apa yang mahu dibuat, akhirnya Mr.J menghubungi rakan Mr.J iaitu seorang berbangsa Bidayuh yang berkhidmat sebagai Tentera di sini. 

Borak punya borak akhirnya kami mengambil keputusan untuk BBQ bersama 'Air Hujung Minggu' tapi sebelum itu kami 'mencari' Katak Pamak di sekitar Bandar Port Dickson , sebenarnya tidak mencari tetapi hanya membeli di Tokey Katak tersebut di persimpangan Bulatan Port Dickson dan harganya pula adalah RM 11 untuk 1 Kilo .

Ada Berani? Isinya Manis kalau dimasak kicap halia ... - mr.j

Setelah itu , Mr.J dan rakan mencari Sayur Hutan yang cukup popular di Sarawak iaitu Sayur Pucuk Lemiding atau Kemiding . Lokasinya adalah kawasan hutan kelapa sawit yang terbiar . 

Pembaca semua tahu tak Sayur Lemiding? atau pernahkah anda merasanya? kalau tak pernah sila rujuk gambar Mr.J dibawah dan lihat bagaimana bentuk Lemiding/Kemiding tersebut.

Sayur Kemiding cukup sedap bila dimasak dengan belacan dan ikan bilis serta sedikit cili . 

Setelah segala 'urusan' tersebut selesai maka Mr.J dan rakan singgah di Pasar Besar Seremban untuk mendapatkan 'Telinga Babi serta Lidah Babi' untuk BBQ petang tersebut dan harganya cukup murah sekali dengan harga di Sarawak iaitu 1 Telinga Babi berharga RM 2 bergitu juga dengan Lidah Babi . 

Ini adalah Daging Katak Pamak yang telah dimasak , cukup menyelarakan. - Mr.J

Cara untuk memasak Daging Katak Pamak ini tidaklah bergitu rumit sekali cuma penyediaan 'membunuh' katak tersebut yang agak 'menyusahkan' , ada yang tidak suka dimasak dengan Kulitnya dan ada juga yang suka dimasak sekaligus bersama kulit.

Bahan - bahan asas yang dicampur dalam masakan adalah Halia , Serai , Cili , Lengkuas serta Bawang Putih yang ditumbuk halus setelah itu masukkan kedalam kuali dan gaul sebati serta tambahkan dengan Kicap . 

Ini Pula Sayur Kemiding/Lemiding yang telah dimasak.. - Mr.J

Manakala penyediaan Sayur Kemiding adalah dengan mengoreng bersama sedikit belacan , ikan bilis , bawang merah sedikit garam serta ajinomoto . Gaulkan sehingga lembut dan slurrppp boleh siap dimakan.

Dan yang ini pula usus...cuba teka. - Mr.J

- Mr J Peminat Makanan Esotik.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©