Bila Cikgu Emmet menulis : Kisah Lysiana - 'cikgu kemaia ari lima?' dan ' cikgu maia kemisi?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sahabat yang dikasihi,

Sejak seminggu ini ramai yg teruja dengan kisah Lyysiana. Ramai yang kagum pada semangatnya. Ramai yang gembira melihat wajahnya yg sentiasa ceria walaupun kita tidak tahu siapa dia sebenarnya. Kaya kah? Biasa biasa sahaja kah? Miskin tegar kah? Kita tak tahu sebenarnya.

Inilah Istana Lysiana.
Saya pun hanya mengenali lysiana ini sebagai anak murid saya yg comel. Anak murid yang sering diawal tahun persekolahannya bertanya 'cikgu kemaia ari lima?' dan ' cikgu maia kemisi? ' Saya tahu dia tinggal di Nyelam. Tapi saya tak pernah pun ambil peduli perihal itu. Saya pun punya kehidupan sendiri. Tugas saya mengajarnya. Noktah.

Namun Allah yang maha berkuasa mengerakkan naluri saya menulis tentang insan comel ini. Azamnya jadi kata kunci dalam penulisan saya. Saya tidak pernah menyatakan kesusahan hidupnya dalam video slide saya. Sehinggalah bila saya menyampaikan sumbangan Puan Azlina Che Hassan barulah saya tahu siapakah Lyysiana yang sebenar.



Patutlah ibu dan bapanya menghantar dia ke asrama dalam usia yg muda. Bagi kita rumahku syurgaku. Namun kadangkala kita sering rasa 'syurga' kita dah ketinggalan zaman TV 32 inci dah tak mampu melayan nafsu menonton lalu kita berkira kira untuk menukar tv 50 inci. Sofa di 'syurga' kita dah tidak sesuai dgn warna dinding maka kita memasang impian menukar sofa kulit anak lembu import dari itali (walaupun sekadar impian) 


Dapur kita jenis 2 penunu oh susahnya nak memasak maka kita berkeras hati mahu menukar dapur flatbed. 4 penunu siap dengan hud penyedut asap. Bilik tidur kita pula sentiasa dinaik taraf kononnya menambahkan romantika. Ruang tamu dan ruang makan sentiasa menjadi topik penting untuk 'make over' setiapkali tiba musim perayaan.

Bermula dari 0 dia berjaya keluar dari kebutaan literasi dengan pantas atas keazamannya .
Sahabat yg saya kasihi,
Saya sudah pergi ke istana Lysiana. Saya tak mampu mengeluarkan sepatah kata pun, tuan ambil lah masa untuk melihat gambar gambar ruang tamunya. Bilik dapurnya, tandas yg tiada berpintu dan dinding serta berkongsi ruang dengan ruang tamu. Ruang tamu itulah tempat makan,tempat tidur tempat bermain tempat belajar. Saya tak nampak satu kerusi dan meja apatah lagi katil. Tiada dapur yang sempurna. Dinding rumah ditampal zink karat. Atap yang berlubang.

Kepada dato dan datin samada menteri atau tidak, apakah dato dan datin sudi mencemarkan secarik kemuliaan tuan untuk berkunjung ke istana Lysiana ini?

Jangan lah kita terlepas pandang lagi. Bukan satu orang sepertinya tapi ramai lagi diseluruh sarawak ini. Saya hanya sekadar membantu yang termampu. Selebihnya kita fikirkan apa yang patut kita lakukan.

Sebelum saya menutup bicara ingin saya lontarkan soalan.

Malam ini tuan puan makan apa? (jawab dalam hati)
Tuan puan fikirkan apa yg Lysiana makan bersama keluarganya malam ini

Sekian, Cikgu Emmet.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©