Logik Akal Mr.J : 10 Jenis Kepercayaan Masyarakat dulu ataupun ianya sekadar Penipuan. + sedikit 'sarcasm' dari Mr.J

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pejam celik dan masuk bulan september sekarang , pelbagai isu menarik yang kita dapat saksikan tidak kurang juga dengan isu yang membabitkan minyak naik di malaysia dan sebagai rakyat yang memilih kerajaan tersebut kita harus menerima dengan seadanya.

Baiklah , Mr.J bukannya hendak ulas sangat mengenai isu minyak kali ini tetapi apa yang Mr.J hendak kongsikan bersama adalah diantara Logik Akal dan Kepercayaan ataupun sekadar Tipu Helah yang telah berlaku dari masyarakat dahulu sehingga mungkin masih diamalkan oleh generasi sekarang.


Dibawah ini Mr.J menyenarai pendekkan 'kepercayaan' tersebut :

1. Dilarang bersiul tengah malam. 
Jika anda bersiul di tengah malam dikhuartiri jembalang serta hantu akan mengekori anda ini kerana mungkin siulan anda sungguh merdu ataupun anda kelihatan sungguh menawan atau seksi sehingga hantu tersebut 

2. Budak kecik tidak boleh makan kaki ayam.
Ini kerana Ibubapa berpendapat bahawa Kaki Ayam adalah punca dimana Tulisan anak mereka buruk tetapi tahukah anda tulisan doktor adalah lebih buruk dari cakar ayam, Mr.J berpendapat bahawa jika anda ingin anak anda menjadi doktor maka anda harus menggalakkannya makan Kaki Ayam setiap hari.

3. Anak Dara tidak boleh menyanyi di dapur.
Sekiranya degil, anak dara tersebut diramalankan akan Mengahwini Lelaki Tua hal ini masih tidak disahkan oleh beberapa artis malaysia yang mengahwini lelaki tua seperti contoh Datuk Bung Mohtar dan Zizie Izette. Bagaimanapun sekiranya anda mempunyai anak dara maka pelaburan yang besar sekiranya mengajar anak anda menyanyi di dapur.. tak percaya?

4. Dilarang mengintai Orang Mandi.
Yang ini Mr.J suka, sebab bukan apa kerana jika anda mengintai orang mandi maka mata anda akan tumbuh  ketumbit . Oleh demikian jika anda melihat mata rakan anda merah, bengkak, tumbuh ketumbit maka anda disarankan tidak mengejek mereka kerana khuartir mata anda pula akan 'merah' .

5. Dilarang membawa masuk buah - buahan Masam bila musim membuat Air Tuak / Tapai.
Apabila dekat dengan Perayaan Hari Gawai Dayak di Sarawak. Borneo, para nenek dan kaum ibu akan melarang anak - anak mereka serta orang dewasa supaya tidak membawa masuk ke rumah segala jenis buah yang masam. 

Ini berikutan akan menyebabkan Proses Pemeraman Air Tuak akan menjadi masam dan akan mengakibatkan kerugian kepada seisi keluarga , hal ini disahkan sendiri oleh Mr.J kerana pernah terjadi suatu ketika dahulu. Sehingga sekarang tiada lagi kaedah saintifik yang dapat menyelesaikan masalah tersebut.

6. Jangan menghina/memburukkan Bangsa di facebook.
Kesan daripada perbuatan tersebut anda akan menjadi Terkenal dengan secepat yang mungkin malah anda mungkin akan menjadi tajuk utama suratkhabar. Yang ini telah disahkan oleh beberapa individu di facebook. 

Tetapi hal tersebut akan berubah sekiranya anda adalah seorang VVIP seperti Seekor Katak (sarcasm) yang selalu menguak tetapi malangnya Katak tersebut tidak cukup popular mungkin disebabkan faktor usia.
Maksud Sarcasm : sindiran, bahan ejekan, kata-kata pedas

7. Jangan melangkah Kaki Orang yang lebih Tua daripada anda.
Masa Mr.J kecil dahulu selalu mendengar ayat tersebut iaitu jika melangkah Kaki orang yang lebih Tua maka dua biji telur anda akan membesar sebesar buah cempedak. Tetapi kes ini adalah lebih keistimewaan kepada budak - budak lelaki sahaja bagi yang perempuan Mr.J tak tahu.

8. Mesti Sentuh Makanan apabila hendak makan tetapi dikemudiankan.
Orang melayu menyebut 'kempunan' manakala Mr.J menyebut 'dakinek , punie' . Bagi Mr.J iaitu masyarakat Dayak Iban ternyata amalan tersebut masih lagi kuat bahkan 'ketidakpercayaan' perkara tersebut maka akan ada kemalangan yang berlaku terhadap diri anda.

Hal tersebut telah membuatkan Mr.J dimasukkan ke hospital semasa berumur 18 tahun akibat kemalangan motosikal sewaktu balik dari rumah rakan dan dipelawa tuan rumah untuk makan bersama tetapi Mr.J menolak tanpa menyentuh makanan tersebut dengan jari ( punie / dakinek ) dan terus pulang.

9. Jangan Menunjuk Jari ke arah Pelangi.
Dikisahkan oleh orang dahulu bahawa Munculnya Pelangi kerana anak Putera Kayangan hendak turun mandi jadi kerana darjat Putera tersebut sungguh tinggi maka manusia tidak dibenarkan sesekali menunjuk jari ke arah Pelangi kerana dipercayai Jari anda akan putus.

10. Jangan ketawakan Kucing mahupun Anjing.
Mr.J pernah mendengar cerita ini, tak tahu kenapa tidak boleh ketawakan Kucing dan Anjing tetapi mengikut kata orang dahulu sekiranya kita ketawakan Kucing atau Anjing maka kita akan disumpah menjadi Batu. 

Setakat itu sahaja yang dapat Mr.J huraikan disini dan kepercayaan akan menyusul kemudian. Dalam kehidupan seharian kita, secara tidak disedari kita sering terperangkap diantara sesuatu Kepercayaan , Pembawakan Agama dan juga melalui penyiasatan serta kajian yang bercirikan Sains. 

Anda ada kepercayaan yang lain selain dinyatakan diatas? bolehlah kongsi bersama Mr.J di ruangan komen dibawah. Apa - apapun semuanya adalah terletak kepada individu masing - masing.

- Mr.J

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©