Rekod Jenayah 2013 : Lebih dari 20? 30? 50? Kes Jenayah Melibatkan Senjata Api di Malaysia , kita harus bersyukur kerana tidak sampai 100 Kes~ .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Malaysia sebuah Negara Persekutuan yang 'masih aman' bak kata sebilangan Yang Berhomat di malaysia. Tetapi jumlah serangan ataupun cubaan bunuh yang melibatkan pengunaan Senjata Api semakin meningkat.

Inilah yang masih menjadi Misteri di Malaysia , sedangkan beberapa laman web luar negara menyenaraikan Malaysia sebagai  didalam Top 20 Negara yang paling banyak berlaku jenayah.
Kuala Lumpur, Malaysia : Malaysia also takes pride in its spectacular landscapes, a culture that begs to be discovered and explored and… a history of violence that made way too many victims. Presently, the state’s capital is said to be one of the most dangerous cities in the world, as the crime rate increased with 70% in the last three years. It wasn’t a peace on Earth display before either, but now things seem to keep getting worse. 
Rakyat Malaysia , itu hanya sangkaan luar Pihak Luar yang ingin memburukkan nama malaysia jangan dengar kata mereka iaitu orang luar . Lagipun Keselamatan Rakyat Malaysia adalah tinggi di Malaysia , Syukur Malaysia Aman. 

Baiklah disini Mr.J memberikan beberapa Kes yang keluar di Media Massa bermula daripada Januari sehingga Sekarang ( akan dikemaskini bila berlaku kes tembak ) iaitu Purata 3 Kes setiap sebulan iaitu sebanyak 28 Kes Jenayah melibatkan Senjata Api.

Rekod Arkid Berita dari Januari Sehingga Sekarang 2013:

Kes tembak di Balakong: Polis tahan penyelenggara lif - 1 April 2013
KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang penyelenggara lif yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembak dan tetak seorang lelaki di Taman Seri Timah, Balakong, Kajang pada Sabtu lepas. 

Najib arah polis berkas segera penjenayah tembak mati TKP Kastam - 26 April 2013
IPOH - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan polis supaya menyegerakan siasatan dan usaha memberkas penjenayah yang menembak mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim hari ini.

Polis buru 4 lelaki kes tetak, ikat dan tembak - 28 Mei 2013
KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu kini melancarkan gerakan mengesan empat lelaki termasuk pasangan adik-beradik yang dipercayai dapat membantu dalam kes menetak, mengikat dan menembak seorang pekerja kontrak Petronas di Dungun pada 16 Mei lepas.

5 kes tembak di Kelantan ada kaitan kumpulan dadah - 7 Julai 2013
KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesan sekurang-kurangnya tiga kumpulan besar pengedaran dadah dan curi kereta yang bersengketa sesama mereka sehingga menyebabkan beberapa kes tembakan di negeri ini.

Tahan seorang lelaki bantu siasatan kes tembak - 14 Mei 2012
SEREMBAN – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes dua lelaki ditembak mati dalam satu serangan di Jalan Datuk Bandar Tunggal, di sini, Khamis lalu.

Kes tembak: 3 beradik antara 7 ditahan - 4 April 2012
KOTA BHARU - Polis menahan tiga beradik serta empat yang lain berhubung kejadian tembak yang menyebabkan kematian seorang pemuda di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Kes tembak: Polis minta lelaki serah diri - 20 Mei 2013
KOTA BHARU - Polis Kelantan sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai boleh membantu siasatan kes tembak seorang buruh di Kampung Gong Batu, Tawang, Bachok pada 16 Mei lalu.

Kes tembak: Polis cari lelaki bantu siasatan - 7 Mei 2013
SHAH ALAM – Polis masih mencari seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tembak di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor, baru-baru ini.

Suspek kes tembak guru mungkin pembunuh upahan - 9 Julai 2013
KOTA BHARU - Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor yang ditembak semalam melibatkan pembunuh upahan, serta bermotifkan dendam.

Lagi guru mati ditembak dalam kereta - 19/7/2013
KULIM 18 Julai - Tidak sampai dua minggu selepas seorang guru penolong kanan mati ditembak di Bachok, Kelantan, seorang lagi guru menerima nasib sama selepas ditembak dua lelaki di Simpang Empat Keladi di sini hari ini.

Kes tembak: Polis minta saksi bantu siasatan - 6 Julai 2013
GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian seorang lelaki ditembak mati di sebuah medan selera di Jalan Relau di sini, Khamis lepas supaya tampil membantu polis menjejak dua suspek terbabit.

Suspek tembak peraih ikan dikenal pasti- 26 Mei 2013
KOTA BHARU - Suspek kes tembak peraih ikan yang baru selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Nurul Anuar, Mukim Dalam Rhu, Pasir Putih malam Khamis lalu telah dikenal pasti.

Lelaki cedera parah kena tembak - 28 Mei 2013
NILAI – Seorang lelaki cedera parah akibat ditembak dari belakang oleh individu yang tidak dikenali di Jalan Melati, Nilai, malam kelmarin.

Nekad tembak tuan rumah - 4 Februari 2013
IPOH – Lebih 50 tetamu yang menghadiri jamuan bagi meraikan kemasukan dalam rumah baru gempar apabila tuan rumah rebah selepas terkena satu das tembakan di kepala ketika sedang melayan tetamu.

Budak kena tembak - 13 Julai 2013
GEORGETOWN - Lain yang disasar lain pula yang menjadi mangsa. Itu yang berlaku dalam satu kejadian di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul di sini apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa selepas ditembak seorang lelaki ketika dia menemani bapanya berjumpa rakan di bawah pangsapuri berkenaan malam kelmarin.

Ditembak selepas balik bersenam - 25 Julai 2013
KLUANG - Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, di sini, petang kelmarin.

Pemandu lori Peladang ditembak - 27 Julai 2013
TEMERLOH - Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh cedera di lengan selepas ditembak ketika dalam perjalanan ke Jerantut, kira-kira jam 3.30 petang, kelmarin.

Lelaki ditemui maut kesan tembakan di kepala - 20 Julai 2013
SELINSING - Misteri penemuan sebuah kereta mencurigakan di bahu jalan oleh sepasukan polis akhirnya terjawab apabila seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol, di sini awal pagi semalam.

Peniaga kosmetik cedera ditembak - 20 Julai 2013
PUCHONG - Seorang peniaga kosmetik berusia 38 tahun cedera di lengan dipercayai akibat ditembak dua lelaki yang memecah masuk rumahnya, pagi semalam.

Guru cedera ditembak - 5 Julai 2013
KOTA BHARU - Seorang guru cedera selepas ditembak dalam satu kejadian yang berlaku di Kubang Panjang, Pasir Mas kira-kira tengah hari semalam.

Mangsa tembak meninggal - 29 Jun 2013
IPOH – Mangsa tembak kes samun berhampiran Stesen Bas Kuala Kurau, pada 13 Jun lalu disahkan meninggal dunia setelah 14 hari menerima rawatan di Hospital Taiping, kelmarin.

Tembak perut selepas samun - 15 Jun 2013
KUALA KURAU - Gara-gara enggan bekerjasama dengan sekumpulan penyamun, seorang peniaga cedera parah di bahagian perut setelah ditembak salah seorang anggota kumpulan itu dalam kejadian samun berhampiran Stesen Bas Kuala Kurau, Jalan Baharu, di sini semalam.

Nyaris maut kena tembak - 2 Mei 2013
TAIPING – Seorang peniaga barang lusuh yang berusia 26 tahun hampir maut terkena tembakan daripada individu tidak dikenali di hadapan rumahnya dekat Simpang, di sini.

Peniaga runcit, anak ditembak - 16 Julai 2013
IPOH - Dua beranak parah ditembak ketika sedang berehat selepas berbuka puasa dalam satu kejadian samun bersenjata di Taman Sejahtera, Kampar dekat sini.

Lelaki maut ditembak selepas beli tosai - 5 Julai 2013
GEORGETOWN - Seorang lelaki maut selepas terkena empat das tembakan di sebuah medan selera di Jalan Relau di sini malam tadi.

Pemandu bas sekolah cedera ditembak - 3 Jun 2013
BUTTERWORTH - Seorang pemandu bas sekolah cedera di kaki kanan akibat terkena tembakan di hadapan rumahnya di Taman Merbau, Sungai Dua di sini tengah malam tadi.

Lelaki ditembak mati, dua parah ketika sedang minum di Ipoh - 29 Julai 2013
IPOH: Seorang lelaki maut dan dua parah selepas ditembak ketika sedang minum di hadapan sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee, di sini, malam tadi.Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di tempat kejadian terkena tembakan di leher, manakala dua lagi dikenali

Pengerusi MyWatch ditembak, berada dalam keadaan kritikal - JULY 28, 2013
Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan.

Pengasas Arab M'sian Bank maut, isteri cedera parah ditembak - 29 July 2013
Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara hari ini.

Peluru tembus leher mangsa - 30 July 2013
IPOH - Suasana aman sebuah restoran bertukar ‘gempar’ apabila dua lelaki bertindak melepaskan beberapa das tembakan terhadap sekumpulan lima lelaki yang sedang minum di sebuah restoran dalam kejadian yang berlaku di Lebuh 5, Kampung Simee, malam kelmarin.

Seorang penduduk Tmn Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak - 31 July 2013



PARIT BUNTAR : Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa .


Peniaga emas Cedera ditembak dari jarak dekat - 2 August 2013
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.“Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Seorang kelindan lori ditembak Mati . - 3 August 2013
HULU LANGAT 3 Ogos - Seorang kelindan lori yang pernah dikenakan hukuman penjara mati ditembak oleh dua lelaki yang memasuki rumahnya di Jalan CP 2/24 di Cheras Perdana, Ampang dekat sini hari ini.B. Balamurali, 36, dikatakan ditembak sebanyak tiga das ketika berehat di ruang tamu di rumahnya.

Man gunned down in KK - 3 August 2013
KOTA. KINABALU: A 44-year-old man was gunned down in front of a shop in the Beverly Hills, Penampang at about 10.40pm last night. -

Lelaki dan wanita cedera ditembak - 5 August 2013
PASIR PUTEH 5 Ogos - Seorang lelaki dan wanita cedera ditembak di sebuah kedai makan di Kampung Gong Kelih, di sini awal pagi ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, Tajo Ariffin, 34, cedera parah dipercayai terkena beberapa das tembakan di perut dan dada manakala Norhadiana Zakaria, 25, cedera ditembak di lutut.

Difahamkan, ketika kejadian Norhadiana yang membantu ibu angkatnya di kedai tersebut sedang mengambil wang daripada Tajo.

Peniaga Cedera Parah ditembak. - 7 Ogos 2013
KULIM 7 Ogos - Seorang peniaga cedera parah akibat ditembak seorang daripada dua lelaki ketika berada dalam rumahnya di Taman Pondok Labu, Lunas, dekat sini malam tadi.

3 Kejadian Tembak pada Raya Pertama hingga Kedua. - 10&11 August 2013
Pulau Pinang dikejutkan dengan satu lagi berita kejadian tembakan hari ini yang berlaku sekitar tengah malam di sebuah pusat hiburan Jalan Dato' Keramat. Ini menjadikan jumlah kes seumpama itu kepada tiga sejak semalam. Dalam kejadian pertama, seorang lelaki terbunuh selepas terkena sepuluh das tembakan dari jarak dekat di Jalan Anson manakala dalam kes kedua, sebuah rumah di Jalan Utama ditembak ketika pemiliknya berada di luar negara.

Pemilik restoran mati ditembak - 13 August 2013
DUNGUN - Seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati ditembak di Kampung Cacar, di sini awal hari ini.Mayat Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi ."Siasatan awal mendapati dua kesan tembakan di bahagian atas dada dan di bahu kiri mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan kepada pemberita di sini hari ini.

Lelaki maut ditembak ketika minum dengan rakan - 15 August 2013
Seorang lelaki yang sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran berhampiran sebuah bank di Jalan Besar Kapar di Klang, maut selepas ditembak dari jarak kira-kira tiga meter pada 2.20 pagi hari ini.

Warga India kritikal ditetak, ditembak - 18 August 2013
SENAI – Seorang lelaki warganegara India dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang dan pistol, semalam.Mangsa bukan sahaja ditetak, malah ditembak dalam kejadian di Taman Johor, dekat sini.

Nyaris Maut kena Tembakkan. - 19 August 2013
KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri nyaris terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh orang yang tidak dikenali dalam kejadian di Taman Daiman Jaya dekat sini awal hari ini.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Mohd Nor Rasid berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.40 pagi ketika kedua-dua mangsa yang mengusahakan katering sedang memasak di dapur.“Siasatan awal mendapati suspek menggunakan pistol jenis 9 milimeter dan kami percaya mangsa bukanlah sasaran tembakan jarak jauh itu,” katanya kepada pemberita di sini.



Akan Dikemaskini dari hari ke hari.

Jumlah Kes melibatkan Senjata Api di malaysia : 44 ( akan dikemaskini)

Apakah kesimpulan yang dapat kita lihat daripada kejadian - kejadian ini? bergitu mudah Senjata Api diseludup masuk ke negara persekutan malaysia ini. Bagaimana ini boleh terjadi? semua itu masih Misteri .


- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©