Orang Kuat Borneo di Pentas Dunia Komanwel 98 , Siapakah Sapok Biki?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sukan Komanwel pada tahun 1998 cukup bermakna dan yang paling mengejutkan apabila sukan tinju yang dianggap tidak mampu meraih apa - apa pingat akhirnya menjadi sebuah mimpi indah serta kenyataan bagi peninju asal dari Sarawak iaitu Sapok Biki .

Sapok Biki telah memenangi pingat emas dalam kategori light flyweight dan sekaligus mengejutkan beberapa nama besar pada kategori tersebut . Sehingga di Sarawak ada yang mengangapnya sebagai Keturunan Pahlawan "Bujang Berani"

Bukan itu sahaja , pada Sukan SEA 1995 di Chiang Mai , Thailand dia juga berjaya merangkul pingat Perak.

Menurut info yang terakhir Sapok Biki sekarang ni bertugas di Melaka sebagai jurulatih tinju di Kem Sungai Udang.

* Pendapat Mr. J adalah , Beliau atau Sapok Biki wajar diberi Pingat atau pangkat kerana mengharumkan nama Malaysia di Pentas Dunia pada Komanwel , Datuk ke.. ini Shah Ruh Kain pun tak ada warganegara diberi Datuk. Peliknya Malaysia.

Dibawah ini adalah Pemenang Pingat Emas pada Sukan Komanwel 1998.

1. Kenny Ang/Ben Heng (Tenpin Bowling: Men's Doubles)
2. Kenny Ang (Tenpin Bowling: Men's Singles)
3. Nurul Hudda Baharin (Shooting: Women's Individual Air Rifle)
4. Muhamad Hidayat Hamidon (Weightlifting: Clean & Jerk up to 69kg)
5. Yong Hock Kin/Wong Choong Hann/Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock/Lee Wan
Wah/Choong Tan Fook/Ong Ewe Hock (Badminton: Men's Team)
6. Carolyn Au-Yong/El Regina Tajudin/Sarina Sundara Rajah/Thye Chee
Kiat (Rhythmic: Team)
7. Sapok Biki (Boxing: 48kg)
8. G.Saravan (Athletics: Men's 50km Walk)
9. Wong Choon Hann (Badminton: Men's Singles)
10. Choong Tan Fook/Lee Wan Wah (Badminton: Men's Doubles)


Dibawah adalah petikan daripada utusan:

SETIAP sukan mempunyai ikonnya sendiri. Apabila menyebut tentang tinju, pastinya tiada nama yang lebih masyhur daripada jagoan Iban, Sapok Biki.

Sebelum tanggal 20 September 1998, mungkin hanya segelintir yang mengikuti perkembangan sukan tanah air mengenalinya, tetapi tidak lagi sejak hari itu kerana nama Sapok Biki sentiasa disebut dan menjadi perbualan sehinggalah hari ini.

Stadium Melawati Shah Alam menjadi saksi pemuda yang ketika itu berusia 24 tahun melakar pencapaian luar biasa merangkul pingat emas Sukan Komanwel apabila menumbangkan peninju Kenya, Mosses Kinyua pada pertarungan akhir kategori 48 kilogram yang penuh rancak.

Emas yang langsung tidak diduga itu telah menyumbang kepada kutipan cemerlang kontinjen negara, 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.

Lebih manis ia merupakan emas sulung Malaysia dalam sukan tinju pada temasya berprestij itu.

Detik emas itu dipertontonkan secara langsung ke seluruh negara, sekali gus menjadi sanjungan setiap rakyat Malaysia yang terharu menyaksikan semangat juang tingginya.

Kini 13 tahun sudah berlalu, hari bersejarah itu masih lagi segar dalam ingatannya.

"Ia seperti baru berlaku semalam. Pingat emas Sukan Komanwel yang tidak diduga sama sekali dan lebih bermakna dicapai di tanah air sendiri, di depan kedua-dua orang tua, dalam suasana stadium bergema dengan sorakan 'Malaysia Boleh' dan 'Sapok Sapok'.

" Setiap saat pada hari tersebut saya ingat dengan jelas," kata pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Leftenan itu membuka perbualan.

Sebelum ke final, Sapok membelasah petinju Zambia dengan kemenangan besar 23-6 dan dia kemudian berhempas pulas menyingkirkan Gary Jones dari England 15-11 sebelum mengatur perhitungan terakhir dengan Mosses.

Sapok tahu lawannya pada final itu adalah juara Afrika empat kali, namun tidak mahu membiarkan dirinya digertak dengan cerita betapa kuat dan menggerunkan lawan terbabit.

Daripada membiarkan dirinya tertekan, Sapok memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk berehat sehari sebelum penentuan pingat emas.

"Jurulatih (Adun Pasu), menyuruh saya menonton rakaman video aksi Mosses yang disediakan untuk saya bagi memahami corak tinju lawan.

"Bagaimanapun tanpa pengetahuan jurulatih Adun, saya mengingkari arahan itu dan tidak menontonnya. Saya tidak menontonnya kerana saya khuatir ia akan mempengaruhi persembahan saya di gelanggang nanti.

"Di atas kertas Mosses yang berpengalaman tentunya lebih hebat. Namun, saya akan pastikan saya turun ke gelanggang dengan berbekalkan semangat tinggi mahu membalas kepercayaan Majlis Sukan Negara memilih saya sebagai atlet program Jaya 98.

"Setidak-tidaknya saya juga ada kelebihan iaitu beraksi di hadapan penyokong sendiri bukan sahaja di stadium, tetapi juga mereka yang menonton di kaca televisyen. Saya tidak mahu mengecewakan mereka semua," katanya.

Maka hari penting pun tiba, ternyata Sapok tidak mengecewakan. Dari loceng permulaan dibunyikan, Sapok langsung tidak kelihatan seperti akan kalah dan akhirnya menang dengan kiraan mata 16-11.

"Saya mengguna pakai segala ilmu yang pernah dituntut selama tiga tahun di Cuba, Mexico, Mauritius dan Kepulauan Seychelles. Saya sedikit sebanyak tahu gaya tinju Afrika yang menerapkan kepantasan dan tumbukan.

"Adalah sangat penting untuk tahu menilai dan membaca gerakan lawan pada suku pertama, barulah selepas itu anda tahu apa harus dilakukan untuk menang.

"Sebaik mendengar loceng penamat, saya tahu kemenangan memihak saya. Apabila pengadil mengangkat tangan saya sebagai pemenang, kegembiraannya tidak dapat digambarkan," imbasnya.

Sapok, kini 37 dan bertugas sebagai Kuarter Master di Kem Terendak, Melaka, juga menjadi satu-satunya petinju negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik.

Pada Temasya Atlanta 1996, Sapok yang serba mentah ketika itu; baru berkecimpung dalam sukan tinju dua tahun sebelumnya, kecundang awal kepada petinju handalan Mexico yang sudah bertarung lebih 140 perlawanan.

"Ramai yang berkata kepada saya, alangkah baiknya jika saya pergi ke Olimpik 96 dengan tahap kebolehan saya pada Sukan Komanwel 98, mungkin boleh melakar kejutan menurut mereka," katanya yang bagaimanapun berbangga kerana layak beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu secara merit selepas mengharungi empat pusingan kelayakkan.

Meskipun bergelar juara Komanwel, di peringkat Asia Tenggara, dia hanya mampu bergelar 'kedua terbaik' sebanyak empat kali.

Maklumlah, dia tewas kepada barisan petinju Thailand bertaraf dunia, termasuk juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik Beijing 2008, Somjit Jongjohor.

Sapok meraih pingat perak di Chiangmai 95, Jakarta 97, Brunei 99 dan Kuala Lumpur 01.

*tidak hairanlah istilah "agi idup agi ngelaban!" kerana Sarawak juga mempunyai "badang" .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©